Honda Thailand lancar kempen keselamatan, galakkan pemakaian helmet pada kanak-kanak

32

Motosikal merupakan salah satu mod pengangkutan terpenting di Thailand.

Namun, aspek keselamatan kanak-kanak kerap kali dipandang enteng.

Berdasarkan statistik, hanya 16 peratus kanak-kanak di sana memakai topi keledar semasa membonceng.

Keadaan tersebut diburukkan lagi dengan 3,000 kes kematian dicatatkan setiap tahun, atau sembilan maut setiap hari.

Sebagai sebahagian daripada falsafah “The Power of Dreams”, Honda Thailand bekerjasama dengan Dentsu Thailand melancarkan kempen keselamatan bagi memupuk amalan memakai helmet di kalangan kanak-kanak.

Tidak menggunakan imej yang keterlaluan, kempen tersebut sebaliknya memaparkan imej impian muda pelbagai kanak-kanak menerusi papan iklan LED di sekitar Bangkok, serta surat khabar dan poster.

Menurut wakil jurucakap Honda Thailand, “”The Power of Dreams” menjadi tunjang utama jenama Honda, namun kami percaya impian hanya boleh dicapai dengan mengutamakan keselamatan.

“Di Thailand di mana motosikal merupakan sebahagian daripada hidup, adalah perlu untuk kita melindungi generasi berikutnya.

Subun Khow dari Dentsu Creative Thailand berkata, “Membesarkan kanak-kanak bukan mudah, tapi kadang kala ia boleh dimulakan dengan tindakan mudah yang boleh membezakan antara hidup dan mati – seperti memakaikan topi keledar pada mereka.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here