Li Auto i8 debut sebagai sebuah EV kacukan SUV-minivan, boleh gerak sejauh 720 km

37

Ini bukanlah model i8 terbaharu daripada BMW, akan tetapi sebuah model separuh SUV dan separuh minivan yang dihasilkan oleh Li Auto.

EV i8 ini menggandingkan elemen rekaan yang wujud pada SUV L9 dan minivan Mega sedia ada, dengan rekaan diilhamkan daripada kapal layar.

Rekaan panel badan yang nampak bersih itu menawarkan kadar pekali seretan serendah 0.218 Cd, lebih rendah berbanding Tesla Model Y (0.220).

Li Auto i8 boleh didapati dalam versi asas yang dilengkapi dengan sepasang motor elektrik 536 hp dan 660 Nm, dipadankan dengan pek bateri NMC 90.1 kWh untuk jarak gerak 670 km (data CLTC).

Terdapat juga versi jarak jauh yang dipadankan dengan pek bateri NMC 97.8 kWh untuk jarak pandu 720 km.

Varian ini juga menyokong pengecasan pantas di mana pemilik minivan ini boleh menambah jarak 500 km dalam tempoh 10 minit sahaja.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 4.5 saat, dengan kadar kecekapan sekitar 14.6-14.8 kWh/100 km.

Untuk ruang kabin, i8 menawarkan konfigurasi enam tempat duduk dengan susunan 2+2+2.

Terdapat skrin kecil yang diposisikan pada bahagian roda stereng, diikuti dengan skrin berkembar 15.7 inci yang menguasai bahagian atas papan pemuka.

Antara ciri lain termasuklah slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar, tempat duduk kapten untuk baris kedua, serta sistem suspensi udara Li Auto Magic Carpet yang menawarkan sehingga empat tetapan ketinggian.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here