Mark Zuckerberg kongsi versi kustom minivan Porsche Cayenne GT buat isteri

153

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg bekerjasama dengan West Coast Customs mengubahsuai minivan Porsche Cayenne GT khas buat isterinya, Priscilla Chan.

Mungkin pelanggan lain menganggap tawaran ruang kabin Cayenne standard sudah cukup memuaskan namun Zuckerberg percaya Priscilla boleh menggunakan lebih sedikit ruang untuk pelbagai aktiviti dan memanfaatkan praktikaliti pintu gelunsur.



Zuckerberg berkongsi foto dan video SUV kustom itu di Facebook dan Instagram bersama 911 GT3 Touring manual miliknya untuk dipadankan dengan Cayenne berkenaan.

Nama West Coast Customs tidak asing lagi dalam memenuhi kehendak orang kaya yang tidak masuk akal. Pakar kustom itu menambah panjang badan dan jarak roda Cayenne Coupe mengubahnya menjadi limosin.

Ubah suai itu termasuklah menanggalkan hendal pintu tradisional dengan menambah bukaan pintu gelunsur pada kedua-dua bahagian dan spoiler belakang lebih besar. SUV itu juga kelihatan lebih rendah dan dipadankan dengan rim aloi hitam serta brek kaliper kuning.

Bos Meta itu memilih Cayenne Turbo GT sebagai asas bagi projek minivan berkenaan. Ia dilengkapi dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar yang menghasilkan kuasa 631hp. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan enjin itu menerima talaan bagi disesuaikan dengan modifikasi luaran.

Menerusi hantarannya, Zuckerberg menyatakan minivan Porsche Cayenne GT tempahan khas itu sebagai “sesuatu yang mesti wujud”. Porsche pernah memiliki idea model konsep minivan Vision Renndienst 2018 yang masih belum direalisasikan kepada versi pengeluaran.

Pada awal tahun ini, Pengarah Reka Bentuk Luaran Porsche, Peter Varga mengakui sebagai peminat konsep itu walaupun dia menjelaskan ia hanyalah pendapat peribadinya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here