Tak pernah berlaku topi keledar jadi sarang lebah….

1287

Seorang pegawai keselamatan kilang, Bakri Hamdin, 55 berdepan detik cemas apabila topi keledar yang diletakkan pada motosikalnya menjadi sarang lebah.

Kejadian itu disedari ketika dia hendak pulang ke rumah selepas habis waktu bekerja sebelum bertindak menghubungi Pejabat Daerah Angkatan Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah.



Pegawai keselamatan kilang, Bakri Hamdin, 55, berkata sebaik dimaklumkan kejadian, dia menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah untuk memusnahkan lebah itu.

Sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan, sekumpulan empat anggota dikejarkan ke lokasi dan mengalihkan topi keledar itu ke kawasan selamat sebelum membakar kertas bagi menghalau lebah.

Menurut Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom, berkata pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai unik memandangkan lebah kebiasaannya bersarang di pokok atau rumah.

“Kejadian itu agak unik apabila lebah hingap dalam topi keledar.

“Lazimnya anggota kami banyak mengendalikan kes-kes membakar sarang lebah atau tebuan di pokok selain di rumah penduduk,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here