[Video] Diberhentikan mengejut sebab rombongan VIP nak lalu, sudahnya kereta kena rempuh dari belakang

6016

Semalam tular video rakaman yang memaparkan dua kenderaan terlibat dalam kemalangan dipercayai dihentikan secara tiba-tiba kerana ingin memberi laluan kepada kereta kenamaan.

Menerusi video berdurasi 45 saat yang dimuat naik di Twitter itu, dapat dilihat sebuah kereta Perodua Kelisa merempuh belakang Proton Wira yang berhenti secara mengejut.



Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kuching, Sarawak, apabila pihak polis menghentikan trafik untuk memberi laluan kepada rombongan VVIP.

Susulan kejadian tersebut, orang ramai meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terutama apabila melihat polis pengiring yang berada di tempat kejadian membiarkan kemalangan tersebut tanpa memberi sebarang bantuan.

Malah, para netizen turut menzahirkan rasa bengang apabila para konvoi VVIP itu hanya berlalu pergi ketika kemalangan berlaku dan tidak menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung kejadian ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here