Mercedes-Benz EQE 500 4Matic: 552 km sekali cas penuh, harga bermula RM485,888

219

Mercedes-Benz Malaysia melengkapkan SUV elektriknya dengan memperkenalkan EQE SUV selepas susulan pelancaran EQS SUV yang diadakan baru-baru ini.

Buat pasaran Malaysia, EQE SUV hanya ditawarkan dengan varian EQE 500 4Matic yang mana dari segi dimensinya, ia lebih kecil berbanding EQS SUV dengan memiliki:

  • Panjang 4,946 mm
  • Lebar 1,961 mm 
  • Tinggi 1,512 mm 
  • Jarak Roda 3,120 mm



Model itu tampak lebih sporty selepas menerima pakej luaran AMG Line, dengan rekaan bampar dengan warna khusus. Ia juga hadir dengan kemasan A-Wing, bukaan udara depan dalam warna hitam dan rim 21-inci AMG.

Ruang dalaman dilengkapi MBUX Hyperscreen dan kluster meter 12.3-inci digital, skrin sentuh di tengah bersaiz 17.7-inci dan skrin sentuh 12.3-inci di tengah untuk penumpang belakang. 

Ia juga menggunakan pelapik AMG serta dipadankan stereng dibaluti kulit Nappa. Bahagian simpanan di but belakang, ia memiliki ruang 520 liter dan boleh mencecah 1,675 liter sekiranya kerusi darisan kedua dilipat.

Bagi memberi yang lebih mantap, SUV itu menerima dua motor elektrik yang mempunyai kuasa output 402hp dengan tork setinggi 858Nm. Ia boleh memecut 0-100km/j dalam 4.9 saat dengan laju maksimum 210km/j.

Dengan kapasiti bateri 90.6 kWh, ia boleh dipandu sejauh 552 km dalam kitaran WLTP untuk sekali cas. 

Dari segi pengecasan pula, ia dilengkapi pengecas 22 kW AC yang mengambil masa empat jam dan 45 minit untuk kapasiti bateri 0-100%

Pengecasan DC berkapasiti sehingga 170kW hanya mengambil masa 32 minit untuk kapasiti bateri 10-80%.

Bagi memberi keselesaan yang optimum, ia hadir suspensi udara Airmatic dengan penyerap hentak ADS+ sebagai standard. 

Ciri keselamatan Driving Assistance Package Plus yang ada pada EQE SUV membabitkan: 

  • Active Distance Assist Distronic
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Steering Assist
  • Evasive manoeuvre support
  • Pre-Safe Impulse Side serta sensor bantuan menukar lorong
  • Parking Package dengan kamera keliling 360 darjah

Harganya pula, ia dijual bermula RM485,888.

Galeri Gambar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here