Utama Berita Automotif Agong pemilik nombor plat GOLD 1, bidaan tertinggi dalam sejarah

Agong pemilik nombor plat GOLD 1, bidaan tertinggi dalam sejarah

202
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menjadi pembida Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD tertinggi di Malaysia pada harga RM1.5 juta.
 
Menerusi hantaran Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim akan menyalurkan hasil bidaan tersebut kepada Kerajaan Persekutuan. 
 
Baginda membida nombor plat bernilai utama (Emas), GOLD 1 dan berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Istana Negara.
 
Pada pertemuan itu, Anthony mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim.
 
Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-50, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia membuka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD pada Februari lalu.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here