BSH perkenal warna baharu Honda RS-X (2024)

131

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan warna baharu Mat Ion Blue Metallic pada Honda RS-X. 

Pilihan warna badan baharu itu boleh didapati di semua pengedar sah Honda seluruh negara bermula esok (22 Februari) pada harga cadangan RM9,798. 

Honda RS-X dikuasakan enjin 150cc DOHC yang menghasilkan kuasa 11.8kW @ 9,000rpm dan tork 13.6Nm @ 7,000rpm bersama transmisi manual 6-kelajuan.



Keyakinan membrek diserahkan kepada Sistem Brek Anti Kunci (ABS) satu saluran pada roda depan.

Ciri peralatan lain yang didatangkan pada moped tersebut antaranya lampu LED penuh, speedometer digital penuh dan pembuka pelana untuk kemudahan tambahan penunggang.

GALERI

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here