Supermoped Modenas bakal guna enjin 150cc yang boleh ditingkatkan kepada 180cc?

3031

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata projek pembangunan supermoped Modenas tidak pernah dihentikan dan masih berjalan.

Cuma projek sebelumnya tidak diteruskan yang mana Modenas bermula semula dengan projek baharu dengan bantuan daripada pihak Kawasaki. 

Persoalannya janakuasa apakah yang bakal digunakan Modenas bagi model supermoped pertama pengeluar motor nasional itu nanti.

Menurut Roslan, trenkuasa dibangunkan serba baharu dan tidak lagi menggunakan enjin lama yang dibangunkan di Austria sebelum ini.

Enjin yang akan digunakan adalah 150cc yang mana boleh ditingkatkan sehingga 180cc, bagaimanapun Roslan tidak mendedahkan sesaran yang bakal digunakan pada supermoped berkenaan.

Jom Baca:   Theophilus Chin kongsi lakaran Savvy, lebih mengancam daripada Axia?

“Model dah lama 2012 tak silap saya, tidak penuhi regulasi Euro4, jadi kita start baru dengan partner (Kawasaki) baru.

“Kita bina dari kosong tak naik taraf enjin lama,” katanya.

Roslan berkata proses pembangunan dan penyelidikan (R&D) supermoped itu mengambil masa dua tahun yang mana ketika ini pembangunan motor masih di fasa awal.

“Kami tidak akan menghentikan model ini. Kami akan menceburi segmen ini. Seperti saya katakan, segmen ini mencatat pertumbuhan paling pantas berkembang pasaran moped,” jelasnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Jom Baca:   Cara mudah kesan kereta pernah tenggelam banjir, lihat pada satu komponen ini....

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here