BSH perkenal warna baharu Honda RS-X (2024), harga naik RM100

234

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan warna baharu bagi RS-X (2024) pada harga mula RM9,798.

Empat warna yang ditawarkan :

  • Mat Charcoal Grey Metallic (emas) 
  • Candy Scintillate Red 
  • Force Silver Metallic (merah) 
  • Force Silver Metallic (biru) 

Pilihan warna badan Mat Charcoal Grey Metallic (emas) boleh didapati di semua pengedar
sah Honda di seluruh negara bermula esok (4 Januari) pada harga cadangan RM9,848. Manakala tiga warna lain tersedia bermula 18 Januari pada harga cadangan RM9,798. 



Honda RS-X dikuasakan enjin 150cc DOHC yang menghasilkan kuasa 11.8kW @ 9,000rpm dan tork 13.6Nm @ 7,000rpm bersama transmisi manual 6-kelajuan.

Keyakinan membrek diserahkan kepada Sistem Brek Anti Kunci (ABS) satu saluran pada roda depan.

Ciri peralatan lain yang didatangkan pada moped tersebut antaranya lampu LED penuh, speedometer digital penuh dan pembuka pelana untuk kemudahan tambahan penunggang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here