Proton jual 154, 611 kenderaan tahun lalu, Saga model terlaris

211

Proton merekodkan jualan domestik dan eksport sebanyak 154,611 unit  tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 9.3 peratus berbanding 2022 (141,432 unit).

Prestasi itu disumbangkan jualan kukuh model PIES (Persona, Iriz, Exora dan Saga) yang mana sedan segmen A merupakan model terlaris tahun lalu. 



  • Proton Saga : 70,184
  • Proton Persona : 24,362
  • Proton Iriz : 7,639
  • Proton Exora : 4,473

Pada tahun terakhir pengeluaran, Exora merekodkan pertumbuhan jualan 4.6 peratus dan sehingga kini jumlah jualan MPV segmen-C itu mencapai lebih 194,000 unit.

 

Di samping itu, jualan 2023 turut disokong model SUV Proton X50, X70 dan X90 dengan sumbangan lebih 200,000 unit jualan sejak Disember 2018.

Jualan 2023 siri X :

  • Proton X50 : 31,829
  • Proton X70 : 11,200
  • Proton X90 : 4,815

Sejak pelancaran 7 Mei lalu, Proton X90 merekodkan prestasi signifikan sebanyak 4,815 unit bagi tahun lalu.

Untuk tahun ini, Proton merekodkan pertumbuhan volum luar biasa iaitu 25.6 peratus  disumbangkan pembeli kali pertama yang mahukan kereta selamat dan boleh dipercayai.

Bagi Proton S70 pula, penghantaran pelanggan akan bermula Januari ini  dan sehingga kini, lebih 5,000 tempahan diterima.

Proton menjangkakan sedan itu bakal menyumbang jualan signifikan tahun ini yang mana  sebanyak 109 unit S70 didaftarkan pada 2023.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here