Proton X90 warna Marine Blue laku keras, tempoh menunggu 2-bulan

1763

Sejak pelancaran, Proton menerima 6,000 unit tempahan SUV segmen-D X90.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah berkata sebanyak 1,800 unit sudah dihantar kepada pelanggan.



Proton X90 Flagship (6-kerusi) merupakan varian paling laku mewakili 44 peratus tempahan diikuti varian X90 Premium (7-kerusi) sebanyak 37 peratus.

“Sementara itu, daripada jumlah tempahan berkenaan sebanyak 50 hingga 60 peratus pelanggan memilih warna Marine Blue,” katanya pada majlis Pandu Uji Proton X90 di Gambang, Pahang.

Tempoh menunggu bagi warna Marine Blue adalah dua bulan susulan permintaan yang tinggi.

“Majoriti pelanggan yang memilih warna berkenaan adalah daripada varian Flagship,” tambahnya.

Jelasnya, bermula Julai Proton meningkatkan pengeluaran warna biru tersebut bagi memendekkan tempoh menunggu pelanggan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here