JPJ buka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa siri GOLD

167

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-50, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia membuka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD.

Bidaan nombor pendaftaran siri GOLD tersebut boleh dibuat menerusi talian JPJebid :

  • Tarikh buka : 1 Februari 2024 (Khamis) jam 12.00 pagi
  • Tarikh tutup : 5 Februari 2024 (Isnin) sehingga jam 10.00 malam
  • Tarikh keputusan : 6 Februari 2024 (Selasa) dalam tempoh 24 jam

Manakala, bidaan adalah mengikut harga minimum yang ditetapkan seperti berikut:



  • Nombor Bernilai Utama (Golden) : RM20,000
  • Nombor Menarik (Attractive) : RM 3,000
  • Nombor Popular (Popular) : RM 800
  • Nombor Biasa (Running) : RM300

Sekiranya bidaan anda berjaya, perlu mendaftarkan nombor plat Gold dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.

Nombor plat Gold ini bakal menjadi buruan bagi peniaga emas terutama siri 916, 999 dan banyak lagi. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here