Sultan Johor pemilik nombor plat FF 1

559

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjadi pemilik nombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta.

Perkara tersebut dikongsi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi perkongsian di Facebooknya. 

“Saya menghadap DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim untuk mempersembahkan secara simbolik nombor plat FF 1 kepada Tuanku yang merupakan pemilik nombor khas unik tersebut.
 
“Tuanku telah perkenan untuk membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 juta untuk nombor khas tersebut!.
 
“Untuk rekod, bayaran RM1.2 juta merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan!
 
“Bayaran ini menjadikan jumlah kutipan hasil kerajaan untuk nombor siri FF meningkat ke RM35.4 juta,” tulis beliau. 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here