Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 dibuka secara rasmi, harga tiket RM60 untuk dewasa

997

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 yang pertama kali diadakah di Malaysia secara rasmi membuka pintunya kepada semua peminat kereta tempatan.

Acara yang diadakan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) dijangka akan menarik 150,000 pengunjung dari dalam Malaysia dan rantau ASEAN bermula 9 hingga 11 Jun. 



Pada majlis pelancaran itu, ia dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Dan Pengarah Element X Strategies, Jason Yap, Ketua Pegawai Eksekutif MUSE Group Asia, Riduwan Matni dan Ketua Pegawai Eksekutif San Ei Corporation, Hidenori Ito.

Menariknya, acara itu membawa penala terkenal Jepun seperti Top Secret, Spoon, HKS dan Greddy. Mereka mempersembahkan kenderaan modifikasi yang menerima sentuhan penala terkenal Jepun membabitkan:

•    Top Secret Gold Nissan GTR
•    Active Carbon R32 Gt-R Rb30 Kai Concept by (Garage Active)
•    Forte C7 Corvette Forte Wide Body
•    Spoon Honda Nsx
•    HKS GR Supra Aero
•    HKS Driving Performer GR86 Type-R
•    Greddy Nissan Fairlady Stance RZ34
•    Kuhl Japan & Vrarva Mars Toyota Rav 4
•    Subaru Levorg Kruise Kr – Vn5rr
•    Sphere Racing Orochi
•    Rohan X Bloom Gold Mustang
•    Toyota 2000gt Hosoya Shihomi Grand Prix
•    Renault Ravage A110 By Cars Hatano
•    Jeep Wrangler

Bagi menambahkan tarikan acara tersebut, ia juga akan menampilkan barisan ratu perlumbaan dari Jepun dan persembahan nyanyian cosplayer oleh Rina-Hime dan Hayate Konno.

Dan buat pertama kalinya di Malaysia, pengunjung boleh melihat barisan penuh kereta Initial D (animasi kartun), selain Hot Wheels juga akan mempamerkan Monster Truck.

Lebih 100 kereta ubah suai tempatan turut bertanding dalam pertandingan penggayaan auto dan tiga hari itu dan juga perhimpunan kelab kereta. 

Terdapat juga beberapa persembahan dan bengkel yang dianjurkan semasa pameran dan penjualan barangan Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur.

Pameran Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur terdiri daripada bukan sahaja penala kereta, tetapi juga syarikat yang pakar dalam bahagian membabitkan penyelenggaraan dan servis; produk, teknologi, perkhidmatan dan penyelesaian berkaitan kereta dan motosikal; perincian auto; aksesori; tayar dan institusi kewangan.

Bagi pemegang tiket early bird, mereka turut berpeluang untuk memenangi hadiah perjalanan berbayar ke Tokyo Auto Salon pada tahun 2024 untuk 2 orang.

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Tiket masuk dijual pada harga RM60/sehari untuk dewasa dan RM28/sehari untuk kanak-kanak, dan boleh dibeli secara atas talian, kunjungi laman web Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur untuk pembelian tiket.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here