Lelaki kudung maut kemalangan dua motosikal

709

Seorang lelaki kurang upaya (OKU) maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Rawai, Kampung Bukit Damai, Bukit Payong, Marang, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, mangsa, Mohd Azman Mat Salleh, 43, yang kudung kaki kanan maut di lokasi kejadian ketika dalam perjalanan dari Kampung Rawai menghala ke Kampung Padang Limau Nipis.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Md Dris, berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash 125 dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal sebuah lain.



“Kejadian itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penunggang Yamaha LC135 patah tangan dan kaki kiri serta anak perempuannya yang berusia empat tahun turut cedera.

“Penunggang dan pembonceng Yamaha LC135 dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan.

“Mayat mangsa pula dihantar Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here