Tular Perodua Bezza guna FF 2, ini jawapan JPJ….

1186

Baru-baru ini tular di media sosial menunjukkan Perodua Bezza menggunakan nombor plat FF 2.

Imej itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang memaparkan seorang wanita keluar dari Bezza tersebut dan nombor plat bahagian belakang sedan berkenaan. 



Oleh kerana nilai nombor plat itu adalah RM638,000, pengguna media sosial nyata terkejut kerana digunakan pada kenderaan yang jauh lebih murah.

“Dia hanya menggunakannya pada Bezza, sayang,” tulis pengguna itu.

Tweet itu menjadi tular, tetapi netizen tidak pasti kesahihan nombor plat berkenaan. Seorang pengguna mendakwa imej itu disunting dan nombor plat sebenar adalah ‘KFF2’.

JPJ TIADA ISU FF 2 DIDAFTARKAN PADA KERETA BAHKAN MOTOR 

Sementara itu, menurut laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata hasil semakan mendapati nombor asal Bezza itu adalah KFF 2 dan bukan seperti ditularkan.

Beliau mengesahkan netizen menyunting bahagian nombor plat kenderaan itu sekaligus mengubah nombor asalnya.

“Secara amnya, JPJ tiada isu jika nombor pendaftaran FF 2 didaftarkan pada mana-mana kenderaan, sekali pun pada motosikal.

“Sebab, pihak kerajaan/JPJ sudah menerima sejumlah bayaran oleh pembida yang berjaya semasa sesi bidaan (dalam talian @JPJebid), untuk nombor berkenaan.

“Bagaimanapun, situasi adalah berbeza jika setelah siasatan pihak jabatan mendapati bahawa wujud modifikasi kepada nombor pendaftaran daripada KFF 2 kepada FF 2,” katanya. nomor

Zailani berkata, jika terbukti berlaku kesalahan modifikasi nombor pendaftaran, tindakan penguatkuasaan boleh diambil atas kesalahan pemalsuan nombor plat kenderaan.

Katanya, siasatan boleh dibuat mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here