Kerjasama Lamborghini dan Master & Dynamic hasilkan headphone dan earphone, mula dijual pada RM1.8k

1406

Lamborghini kini memasuki dunia perniagaan headphone dan earphone apabila mereka bekerjasama dengan sebuah syarikat audio premium iaitu Master & Dynamic.

headphone earphone lamborghini

Hasil dari kerjasama ini, MW65 Active Noise-Cancelling Wireless Headphone dan MW07 Plus True Wireless Earphone berjaya dihasilkan, dimana kedua-duanya diilhamkan dari supercar syarikat pengeluar dari Itali tersebut.



Headphone disediakan dalam beberapa pilihan dan gabungan warna iaitu silver metal/light grey/yellow Alcantara, black metal/black yellow Alcantara dan black metal/black grey Alcantara.

headphone earphone lamborghini

Pengguna dapat menyesuaikan suara dengan persekitaran mereka melalui dua mod penyingkiran bunyi aktif yang disediakan, dan dapat menikmatinya hingga 24 jam dengan sekali cas melalui Bluetooth 5.0 dengan sambungan 30m/100 kaki.

Earphone MW07 pula akan disediakan dengan gabungan warna polished white (bekas matt silver), polished black (bekas matt black) dan matt black (bekas matt black).

headphone earphone lamborghini

Bekas pengecas yang disediakan malah mampu memberikan tenaga selama 40 jam dan mempunyai motif Y Raging Bull.

Kedua-dua headphone dan earphone ini telah mula dijual pada 20 November lalu, dan boleh dipesan melalui laman web rasmi Lamborghini atau di laman web Master & Dynamic.

Headphone MW65 mula dijual pada harga €571 (RM2,777) manakala earphone MW07 mula dijual pada harga €371 (RM1,806).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here