Harga City RS e:HEV diumum! RM106k dengan i-MMD dan Honda Sensing

1569

Mungkin ramai yang menunggu, ini dia, harga Honda City RS e:HEV telah diumumkan hari ini, iaitu RM105,950.45 (atas jalan, dengan pengecualian cukai sehingga 30 Jun 2021).

Ini bermakna penghantaran juga akan mula dibuat oleh Honda Malaysia. Ini kerana semasa pelancaran City serba baharu ini, syarikat itu berkata harga hanya akan diumum menjelang penghantaran.



Untuk pertama kali di Malaysia, City RS akan dikuasakan oleh powertrain i-MMD baharu yang terdiri dari sistem hibrid 2-motor dan enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC.

Powertrain ini menjana 253Nm tork, iaitu setaraf degan enjin 2.5-liter naturally-aspirated serta kuasa pada 108hp (109PS). Ia dipadankan pula dengan transmisi e-CVT untuk pertukaran gear lancar dan sporti.

Sistem e:HEV ini juga akan menukar karakter pemanduan dengan tiga mod iaitu EV Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive.

Di bahagian luaran, City RS mendapat lampu depan LED dengan DRL, dan lampu belakang LED. Rim adalah 16-inci aluminium dwi-tona.

City RS juga dapat dibezakan dari City biasa dengan kemasan hitam pada gril depan, bampar belakang dengan rekaan diffuser, spoiler belakang hitam, dan cermin sisi juga hitam.

Honda City 2020 ini lebih panjang dari sekarang, penambahan kira-kira 113mm. Ia juga lebih lebar, tetapi sedikit rendah. Jarak rodanya (wheelbase) berkurang, tetapi menurut Honda, ruang dalaman adalah lebih luas.

Di bahagian dalam, ia mendapat corong pendingin hawa menegak, konsol pendingin hawa melintang dan elemen kulit baharu di papan pemuka. City juga kini dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto untuk sistem hiburannya.

Sementara itu, brek parkir elektronik (EPB) akan menggantikan brek parkir mekanikal, menjadikan City model pertama dalam segmennya yang mendapat kelengkapan ini.

Selain itu, City RS e:HEV juga merupakan model pertama dalam barisan Honda Malaysia yang menerima teknologi Honda CONNECT.

Ia menggunakan Telematics Technology yang membolehkan pelbagai fungsi kereta dikawal dan dihubungkan ke telefon pintar.

City juga dilengkapi Remote Engine Start dan Honda LaneWatch yang sebelum ini diberikan pada model-model lebih besar.

Ini menjadikan Honda City RS sebagai model dengan ciri keselamatan paling maju dan komprehensif dalam segmen-B di Malaysia.

Seperti model-model lain (CR-V, Accord dan Civic) Honda SENSING pada City generasi ke-5 ini merangkumi ciri seperti:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High-Beam (AHB)

Honda City RS e:HEV boleh dipilih dengan tiga warna menarik iaitu Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl.

Tempahan boleh dibuat di mana-mana cawangan sah Honda Malaysia, dan sebarang maklumat lanjut, boleh layari www.honda.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here