Porsche 911 RSR yang pernah dimiliki oleh Pablo Escobar akan dijual, harga RM9 juta!

1424

Sebuah Porsche 911 RSR 1974 yang sangat rare dan pernah dimiliki oleh individu yang paling ‘popular’ di seluruh dunia kini dijual di Atlantis Motor Group.

Kereta ini dihasilkan hanya dalam 15 unit, dimana ianya khas untuk siri International Race of Champions 1974. 12 unit telah digunakan untuk perlumbaan dan 3 unit digunakan sebagai alat ganti.



Kereta ini dipandu oleh Emerson Fittipaldi dalam perlumbaan pertama siri International Race of Champions 1974, dan ianya berjaya menduduki petak depan.

Namun, Fittipaldi hadir lewat pada pertemuan pelumba sebelum perlumbaan dan dia dikenakan hukuman penalti 10 kedudukan. Jadi Fittipaldi terpaksa memulakan perlumbaan di kedudukan ke-11.

Ketika perlumbaan bermula, bekas juara dunia Formula 1 tersebut berjaya memberi saingan yang sengit, namun tidak berjaya menamatkan perlumbaan kerana Porsche 911 RSR tersebut mengalami kebocoran bahan api.

Porsche 911 RSR

Kereta ini kemudian dijual dan masih lagi terlibat dalam siri International Race of Champions sehingga perlumbaan Daytona 24 Hours pada tahun 1978. Salah satu keputusan terbaik yang pernah dicapai oleh kereta ini ialah tempat ke-23 dalam perlumbaan Sebring 12 Hours pada tahun 1976.

‘Raja dadah’, Pablo Escobar kemudian memiliki Porsche 911 RSR ini dan menggunakannya dalam empat perlumbaan di kejuaraan Copa Renault 4 Colombia. Setelah kematian Pablo Escobar, kereta ini kemudian disimpan di ruangan simpanannya.

Porsche 911 RSR

Namun, atas usaha Roger Penske, kereta ini akhirnya tiba di Amerika Syarikat dan melalui proses restorasi kepada keadaan asalnya, lengkap dengan livery Fittipaldi.

Membeli sebuah kereta lumba yang rare dan unik seperti ini sudah tentu tidak murah, dimana Porsche 911 RSR ditawarkan dengan nilai USD2.2 juta (RM9 juta).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here