Tawaran hebat Honda City sehingga 31 Disember ini, rebat bernilai RM2,000

1556

Pada 1 Disember lepas, Honda Malaysia mengumumkan kempen jualan istimewa 12.12 untuk Honda City yang menawarkan rebat RM2,000. Ia berlangsung dari 1 hingga 12 Disember (esok).

Anda rasa tak sempat buat tempahan esok? Jangan risau kerana kempen ini telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020! Ia juga serentak dengan inisiatif kerajaan yang memberi pengecualian cukai jualan sehingga hujung tahun ini.



Jadi anda ada masa untuk melawati pusat pengedar sah Honda dan membuat tempahan. Harus diingat tawaran istimewa ini khas untuk City baharu varian S dan E sahaja.

Honda City S dan E dikuasakan enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT. Enjin ini menghasilkan 121hp dan 145Nm tork.

Model segmen-B ini juga dilengkapi ciri menarik seperti paddle-shifters, Remote Engine Start dan unit infotainmen  dengan skrin 8-inci serta menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Dari segi praktikaliti pula, Honda City menawarkan ruang kabin luas serta pendingin hawa belakang.

Lima warna ditawarkan untuk Honda City serba baharu iaitu; Passion Red Pearl, Crystal Black Pearl, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, dan warna baharu Platinum White Pearl.

Kedua-dua varian S dan E didatangkan dengan ciri keselamatan terkini seperti Vehicle Stability Assist (VSA), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Emergency Stop Signal (ESS) dan Hill Start Assist (HSA).

Terdapat juga ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak, penggera tali pinggang keledar belakang, dan kamera undur.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here