Rebat RM2,000 untuk Honda City baharu dengan jualan istimewa 12.12

1646

Anda sedang mencari sedan segmen-B baharu? Honda Malaysia kini menawarkan rebat bernilai RM2,000 untuk model City baharu sempena jualan 12.12.

Jualan khas ini bersempena musim perayaan dan jualan hujung tahun, khas untuk City varian S dan E.



Tetapi tidak seperti Shopee atau Lazada dimana jualan murah itu hanya berlangsung sehari, jualan istimewa Honda City 12.12 ini sebenarnya telah bermula hari ini 1 Disember hingga 12 Disember nanti untuk anda buat tempahan.

Sementara itu, pendaftaran boleh dibuat sepanjang bulan ini, antara 1 hingga 31 Disember 2020 untuk melayakkan anda mendapat rebat RM2,000 itu.

Honda City S dan E dikuasakan enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT. Enjin ini menghasilkan 121hp dan 145Nm tork.

Model segmen-B ini juga dilengkapi ciri menarik seperti paddle-shifters, Remote Engine Start dan unit infotainmen  dengan skrin 8-inci serta menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Dari segi praktikaliti pula, Honda City menawarkan ruang kabin luas serta pendingin hawa belakang.

Lima warna ditawarkan untuk Honda City serba baharu iaitu; Passion Red Pearl, Crystal Black Pearl, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, dan warna baharu Platinum White Pearl.

Kedua-dua varian S dan E didatangkan dengan ciri keselamatan terkini seperti Vehicle Stability Assist (VSA), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Emergency Stop Signal (ESS) dan Hill Start Assist (HSA).

Terdapat juga ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak, penggera tali pinggang keledar belakang, dan kamera undur.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here