Lewis Hamilton positif Covid-19, bakal terlepas Grand Prix Sakhir

1033

Pelumba pasukan Mercedes, Lewis Hamilton akan terlepas Grand Prix Sakhir yang akan berlangsung di Bahrain kerana disahkan positif Covid-19.

hamilton covid-19

Hamilton, 35, yang kini memegang gelaran juara dunia sebanyak tujuh kali telah memenangi perlumbaan sebelum ini yang juga berlangsung di Bahrain, dan telah disahkan mendapat gelaran juara dunia ketujuhnya setelah tamat Grand Prix Turki.



Menurut pasukan Mercedes, Hamilton difahamkan mengalami gejala ringan, sebelum disahkan positif kerana mempunyai kontak rapat dengan individu positif.

“Hamilton sekarang mengasingkan diri sesuai dengan protokol Covid-19. Selain daripada gejala ringan, dia sihat dan cergas, dan seluruh pasukan memberikannya harapan terbaik untuk pulih yang cepat, kata Mercedes dalam satu kenyataan.

Hamilton adalah pelumba Formula 1 ketiga yang disahkan positif Covid-19 selepas Sergio Perez disahkan positif menjelang Grand Prix Britain dan Lance Stroll disahkan positif menjelang Grand Prix Jerman.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here