Yamaha NMax 2020 kini di Malaysia! Dua warna pilihan, RM9k

464

Ada yang menunggu Yamaha NMax baharu? Skuter premium ini sudah dilancar gais! Walaupun lambat sedikit disebabkan pandemik yang berlaku sekarang.

Yamaha NMax 2020 baharu ini menampilkan rekaan segar dengan lampu depan LED 6-mentol untuk pencahayaan optimum berserta lampu posisi LED, manakala lampu belakang LED menggunakan jenis empat jalur.

NMax 2020 juga mendapat paparan LCD yang jelas dengan tuil di kiri hendal dan soket 12V untuk gajet anda.

Skuter ini dikuasakan enjin 155cc SOHC 4-lejang dengan suntikan bahan api, menghasilkan 15.4PS pada 8,000rpm dan 13.9Nm tork pada 6,000rpm.

Enjin ini disertakan dengan sistem Stop & Start dimana ia akan mematikan enjin secara automatik bila dalam keadaan idling untuk penjimatan bahan api.

Kemudian anda hanya perlu memulas sedikit pendikit dan enjin akan kembali dihidupkan. Terdapat suis khas untuk mengaktifkan fungsi ini.

Selain itu, Yamaha NMax juga didatangkan dengan ruang kaki luas dan ruang storan 23.3 liter di bawah tempat duduk yang boleh memuatkan top keledar full-face sehingga saiz XL. Untuk tambahan, terdapat dua lagi penyangkut topi keledar di bahagian tepi badan.

Yamaha NMax baharu hadir dengan dua pilihan warna, The Yamaha Grey dan Matt Red. Harga jualan ialah RM8,998 (tanpa insurans dan pendaftaran).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here