Bukan Myvi, kereta rempuh kedai stesen minyak

1971

Pengguna Perodua Myvi di Malaysia kerap kali mencuri perhatian, apabila telatah dan ragam mereka ketika memandu kereta yang digelar ‘supercar Malaysia’ itu sering tular di media sosial.

Namun semalam, bukan sebuah Perodua Myvi yang buat hal, namun sebuah Proton Saga yang dipandu oleh seorang pemandu wanita warga asing yang secara tidak sengaja merempuh sebuah kedai serbaneka di sebuah stesen minyak.

kedai stesen minyak



Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, dalam kejadian 2.20 petang tersebut, wanita berusia 33 tahun itu masuk ke dalam kereta Proton Saga bertransmisi manual lalu menghidupkan enjin.

“Bagaimanapun, tanpa disedari kenderaan berkenaan masih dalam gear dan bukan free (neutral) menyebabkan kenderaannya melonjak ke hadapan dan melanggar cermin kaca kedai lalu merempuh masuk ke dalam kedai berkenaan, katanya.

Kedai itu mengalami kerosakan cermin hadapan manakala kenderaan itu juga turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan tetapi pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohd Zaid turut menasihati pemandu agar berhati-hati terutama di kawasan yang berisiko selain berkata, pengusaha stesen minyak juga mungkin perlu memikirkan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan premis kedai dirempuh kenderaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here