AirSial terima Airbus 320 baharu

1860

Ya, itu bukanlah perkataan bahasa kesat, tetapi AirSial itu memang nama syarikat penerbangan. Merupakan sebuah syarikat swasta dari Pakistan, AirSial baru ditubuhkan pada 2018.

AirSial baru-baru ini telah menerima satu unit pesawat Airbus A320-200 yang dihantar melalui penerbangan jarak jauh dari Arizona, Amerika Syarikat ke Karachi, Pakistan.

A320-200 itu merupakan satu dari tiga unit pesawat yang dipesan syarikat berpangkalan di Sialkot, Pakistan itu.



Dengan nombor pendaftaran AP-BOA, Airbus A320-200 itu ialah pesawat berusian 16 tahun yang sebelum ini menggunakan nombor pendaftaran ZK-OJH. Ia sebelum ini diterbangkan oleh beberapa syarikat lain termasuklah Air New Zealand dan Freedom Air.

Penerbangan menggunakan A320-200 ini dijangka melibatkan bandar-bandar utama di Pakistan seperti Karachi, Lahore dan Islamabad.

AirSial juga mempunyai perancangan mengembangkan rangkaian penerbangan mereka ke negara-negara seperti UAE, Arab Saudi, Qatar, Bahrain dan Malaysia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here