Bintang Youtube ditahan polis selepas buang BMW 3-Series Coupe dalam sungai

2111

Seorang bintang Youtube kelahiran United Kingdom ditahan oleh polis di Marbella, Sepanyol setelah dikenakan beberapa tuduhan atas tindakannya membuang sebuah BMW E46 3-Series dalam sebuah sungai.

BMW E46 3-Series

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik ke saluran Youtube miliknya, Ryan Taylor, 27, dilihat bersama beberapa orang rakannya pada mulanya ‘membelasah’ BMW E46 3-Series tersebut dengan cara memandu secara agresif dan merosakkan bahagian luar kereta tersebut.



Akiviti mereka berakhir apabila beberapa hos pada bahagian bawah kereta tersebut rosak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ryan Taylor (@ryan_taylor)

Setelah tidak lagi diperlukan, Taylor dan rakan-rakannya dilihat menolak BMW tersebut menghampiri sebuah sungai dan menghumbankannya masuk ke dalam sungai tersebut.

Menurut Euro Weekly, pihak berkuasa mula mencari lokasi BMW tersebut selepas mendapat pelbagai reaksi dari video tersebut di Youtube.

Taylor kemudian ditahan dan dituduh melakukan jenayah terhadap keselamatan jalan raya, alam sekitar, dan juga pemalsuan dokumen.

Walaupun ditahan dan dikenakan hukuman, kehadiran Taylor di media sosial kini masih bergiat aktif, berdasarkan beberapa muat naik baharu di laman Instagram dan Youtube miliknya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here