Porsche Experience Center ke-9 akan dibuka di Jepun

861

Porsche akan membangunkan Experience Center ke-9 mereka di Jepun dan difahamkan akan dibuka pada 2021.

Porsche Experience Center

Experience Center terbaru ini akan terletak di wilayah Chiba berhampiran Tokyo, dan akan menyediakan beberapa kemudahan seperti litar sepanjang 2.1km, kawasan ujian dinamik, litar off-road, simulator perlumbaan, restoran dan pelbagai bilik mesyuarat yang boleh digunakan untuk pelbagai acara.



Menurut Porsche, litar perlumbaan yang disediakan akan disertakan dengan selekoh yang sama seperti litar terkenal lain di seluruh dunia, termasuk selekoh litar Nurburgring dan selekoh litar Laguna Seca.

Porsche Experience Center

Kebanyakan litar yang terdapat di Experience Centre lain di seluruh dunia mempunyai permukaan yang rata, namun litar di Experience Centre Tokyo akan mempunyai permukaan yang beralun kerana topografi kawasan tersebut.

Porsche Experience Center di Tokyo juga akan dibangunkan dengan bangunan yang lebih besar, bersama dengan reka bentuk yang diilhamkan Edo Kiriko. Untuk makluman, Edo Kiriko merupakan artis kraf tangan tradisional Jepun.

“Porsche menawarkan pelanggan dengan pengalaman yang unik dan Porsche Experience Centre di seluruh dunia akan menerapkan pendekatan ini, kata anggota lembaga eksekutif penjualan dan pemasaran di Porsche, Detlev von Platen.

“Pelanggan kami di Jepun meminati konsep sport dan eksklusif produk kami. Dengan Experience Center yang baharu, mereka akan dihidangkan dengan lokasi yang baru untuk memanfaatkan minat mereka dan berkongsi dengan orang lain, tambahnya.

Untuk makluman, lapan Porsche Experience Center yang lain terletak di Leipzig (Jerman), Silverstone (United Kingdom), Atlanta (Amerika Syarikat), Le Mans (Perancis), Los Angeles (Amerika Syarikat), Shanghai (China), Hockenheim (Jerman), dan Franciacorta (Itali).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here