Penghantar barang Amazon dipecat selepas curi PlayStation 5

1178

Pihak Amazon di United Kingdom bertindak memecat seorang penghantar barangan mereka yang didapati tidak menghantar bungkusan yang berisi PlayStation 5 (PS5). 

 PlayStation 5

Tindakan penghantar barang tersebut berjaya dirakam oleh kamera seorang pelanggan, Jenni Walker yang membeli PlayStation 5 sebagai hadiah hari lahir untuk anak lelakinya yang ke-16.



Richard Walker, suami Jenni, berkongsi rakaman tersebut di media sosial, di mana menerusi rakaman tersebut, dapat melihat penghantar barang tidak menghantar kotak PS5 yang sepatutnya dihantar, malah membawanya masuk semula ke dalam van.

Berikutan kejadian itu, keluarga Walker menghubungi Amazon, yang mengatakan pihaknya akan menyiasat kejadian tersebut.

Pihak Amazon kemudian menawarkan menawarkan baucar hadiah bernilai £5 (RM27) sebagai ganti rugi sebelum dinaikkan kepada £50 (RM272), termasuk memulangkan semula wang.

Namun disebabkan tidak berpuas hati dengan insiden ini kerana pihak Amazon tidak menawarkan untuk menggantikan unit PS5 tersebut, anak perempuan Jenny bertindak memandu untuk bersemuka sendiri dengan bos syarikat berkenaan.

Selepas video tersebut diteliti, bos Amazon akhirnya mengakui penghantar barangan itu ialah pekerjanya dan memberi jaminan akan memecat pekerja berkenaan.

“Kami mempunyai standard sangat tinggi untuk perkhidmatan penghantaran kami dengan cara mereka melayan pelanggan. Penghantar yang terlibat tidak lagi akan membuat penghantar bagi pihak Amazon, kata Amazon dalam kenyataan rasmi mereka.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here