BMW 7-Series ‘tiruan’ dari China ini ada gril yang lebih besar gedabak

2571

Arah tuju rekabentuk terkini BMW memang agak kontroversi. Model-model seperti X7, 7-Series, 4-Series baharu, M4 dan SUV elektrik iX dikritik kerana mempunyai gril yang dikatakan terlalu besar.

Dan kini rekabentuk gril besar gedabak itu menjadi ikutan pula bagi perekabentuk kereta di China. Ini bukanlah kali pertama pengeluar-pengeluar dari negara itu mengambil rekabentuk BMW dan pastinya bukan kali terakhir.



Hongqi H9 ialah sebuah sedan mewah yang dijual di sana dan ia mempunyai banyak ciri rekaan serupa dengan 7-Series generasi G12 terkini.

Baru-baru ini, kedua-dua kereta dilihat diparkir bersebelahan oleh Car News China dan ia membolehkan kita membandingkan dengan lebih mudah.

Gril Hongqi H9 jauh lebih besar dari 7-Series, malah membuatkan gril BMW itu nampak kecil pula. Gril BMW 7-Series nampak lebih lebar, tetapi gril H9 jelas lebih tinggi dan mempunyai krom lebih menyerlah.

Di kiri dan kanan gril terdapat lampu DRL LED nipis yang disambung dengan lampu utama LED matrix. Untuk bahagian dalam, Hongqi H9 ini agak mewah juga, dengan kehadiran bahan kulit premium, kayu dank rom serta skrin-skrin beresolusi tinggi.

Sementara BMW 7-Series ditawarkan dengan pilihan enjin 3.0-liter inline-six turbo, 4.4-liter V8 twin-turbo dan 6.6-liter V12 twin-turbo, Hongqi H9 pula ditawarkan dengan enjin 2.0-liter turbo 4-silinder berkuasa 252hp dan 380Nm tork. Terdapat juga pilihan lebih berkuasa 3.0-liter V9 yang menjana 272hp dan 400Nm tork.

Mana lebih cantik dan mewah pada pendapat anda? BMW 7-Series atau Hongqi H9?

Sumber imej: Carscoops, Car News China dan Carbuzz

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here