Lelaki keluar rumah untuk bertenang selepas bertengkar dengan isteri, sudahnya berjalan sejauh 450km!

1161

Seorang lelaki Itali yang marah oleh pertengkaran dengan isterinya, kemudian berjalan ke luar rumah untuk menenangkan diri. Sudahnya, dia telah berjalan kaki sejauh 450km!

Boleh tahan juga ya. Mesti terlalu marah ni.



Lelaki berusia 48 tahun yang tidak dinamakan itu dari Como berdekatan dengan sempadan Switzerland. Dia dilaporkan mendaki selama seminggu untuk menenangkan dirinya dari kemarahan semasa bertengkar dengan isterinya.

Perjalanan ‘menyejukkan diri’ itu berakhir di Fano, sebuah pekan kecil di pantai Adriatic, kira-kira 450km ke selatan. Semasa itu, polis menahannya jam 2 pagi kerana melanggar tatacara (SOP) perintah berkurung di Itali berikutan pandemik Covid-19.

Menurut laporan Malay Mail yang memetik sumber dari Independent, anggota polis yang menemui lelaki itu tidak percaya bahawa dia telah berjalan sebegitu jauh.

Walaubagaimanapun setelah pemeriksaan ringkas, mereka menyedari bahawa isterinya memang ada membuat laporan kehilangan orang di Como seminggu sebelum itu.

Pihak polis mengenakan saman €400 (RM1,974) kepada lelaki itu kerana melanggar tatacara lockdown sebelum memanggil isterinya untuk menjemputnya.

Menurut laporan-laporan media Itali, lelaki itu kesejukan dan kepenatan, dan mengaku tidak menyedari berapa jauh dia telah berjalan untuk menenangkan dirinya.

BBC memetik kata-kata lelaki itu kepada polis: “Saya datang ke sini berjalan kaki, tidak menggunakan sebarang pengangkutan.

“Sepanjang jalan, saya berjumpa dengan orang yang memberikan saya makanan dan minuman,” katanya.

Pasangan itu bertemu kembali selepas isterinya tiba di Fano untuk menjemputnya.

Semoga mereka berbaik semula. Biasalah dalam perkahwinan pasti akan ada pahit dan manisnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here