Lapangan terbang di Itali ini gunakan Lamborghini Huracan LP 580-2 untuk kereta Follow-Me

2648

Lapangan terbang Guglielmo Marconi Airport di Bologna, Itali terus mempunyai kereta Follow-Me paling cool kerana Lamborghini membekalkan mereka dengan sebuah Huracan RWD.

Ini merupakan supercar keenam dibekalkan oleh Lamborghini kepada lapangan terbang itu sejak kerjasama mereka pada 2016. Sama seperti sebelumnya, Huracan LP 580-2 itu akan memimpin pesawat ke arah lokasi parkir atau taxi ke landasan.



Huracan RWD dengan pacuan roda belakang itu menggunakan livery khas yang direka oleh Lamborghini Centro Stile.

Warna badan oren menampilkan grafik seperti kenderaan biasa yang bergerak di kawasan lapangan terbang. Terdapat juga warna bendera Itali di bahagian pintu, bumbung, depan dan belakang.

Di atas bumbung pula, Huracan ini dilengkapi dengan light-bar, radio yang sentiasa berhubung dengan menara kawalan, serta pelekat “Follow Me” yang menyerlah di bumbung dan pintu.

Tiada modifikasi lain dilakukan kepada Lamborghini Huracan LP 580-2 itu. Ia mendapat enjin 5.2-liter V10 naturally-aspirated dengan kuasa 580hp dan 540Nm tork.

Enjin ini digandingkan dengan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan yang menghantar kuasa ke tayar belakang. Ini membolehkan Huracan ini memecut dari pegun ke 100km/j dalam 3.4 saat.

Bayangkan seseorang perlu memandu supercar RWD ini setiap hari sebagai tugas mereka di kawasan terbuka, dengan tar berkualiti, dan tiada polis untuk menyaman had laju…

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here