Nissan Patrol dan Mitsubishi Pajero akan datang bakal kongsi platform?

2134

Kita semua tahu akan kepentingan kerjasama/pakatan antara syarikat automotif berbeza. Ia membolehkan perkongsian sumber-sumber untuk menghasilkan kenderaan dengan cara menjimatkan kos dan mengurangkan masa R&D.

Satu lagi faedah menarik dari kerjasama sebegini ialah dapat mengembalikan nama yang telah dihentikan seperti Mitsubishi Pajero.



CarsGuide melaporkan bahawa terdapat ura-ura untuk Nissan berkongsi platform Patrol mereka untuk Mitsubishi. Ini bermakna Mitsubishi dapat mengeluarkan Pajero generasi terbaharu.

Mitsubishi Pajero telah dihentikan pengeluarannya pada 2017 dengan Final Edition untuk menutup tirai. Kedua-dua SUV ini (Patrol dan Pajero) sangat popular di negara-negara seperti Australia dan ia masih dijual di sana walaupun model itu kini sudah mencecah 14 tahun.

Ketua Mitsubishi Australia, John Signoriello berkata bahawa terdapat perancangan produk sedang berlangsung, tetapi maklumat lanjut masih belum boleh didedahkan kepada awam.

“Anda takkan pernah tahu apa yang pakatan kerjasama boleh berikan. Itulah kebaikan perkongsian produk dan platform.”

“Ia akan sentiasa berdasarkan logik perniagaan untuk menjustifikasikannya.”

Juga menarik untuk difikirkan bahawa pada 2007, bekas CEO Mitsubishi, Trevor Mann memberitahu media pada 2007 di Geneva iaitu Nissan Patrol merupakan model yang paling hampir untuk dijadikan Pajero generasi baharu.

Adakah ini kebetulan?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here