Andrea Dovizioso muncul pelumba MotoGP paling kurang alami kemalangan

1861

Dalam kelas MotoGP, pelumba dengan kemalangan paling sedikit sepanjang musim ini ialah Andrea Dovizioso dengan catatan empat kemalangan. Ia juga merupakan kadar kemalangan Andrea Dovizioso yang terendah sejak tahun 2014.

Sementara itu Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha MotoGP) dan Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT) masing-masing mencatat hanya enam kemalangan pada tahun 2019.



Sebaliknya, pelumba dengan jumlah kemalangan tertinggi adalah Johann Zarco dengan 17 kemalangan. Jack Miller dari pasukan Pramac Racing menjadi pelumba kedua paling kerap mengalami kemalangan dengan 15 kali, diikuti oleh Francesco Bagnaia dan juara dunia Marc Marquez (Repsol Honda Team) dengan 14 kemalangan.

Musim MotoGP 2019 menetapkan rekod baru. Buat kali pertama sejak tahun 2015, jumlah kemalangan dalam kelas MotoGP, Moto2 dan Moto3 kurang dari 1,000 kemalangan.

Dipetik dari kenyataan rasmi MotoGP, pada tahun 2019 hanya terdapat 971 kemalangan semasa 19 siri MotoGP yang berlangsung. Malah, pada musim lalu, rekod kemalangan dicatatkan adalah 1,077 kemalangan.

Dari segi litar yang menghasilkan kemalangan yang paling banyak pada tahun 2019, Le Mans menghuni tempat pertama. Di litar itu pada tahun 2019 tercatat 90 kemalangan, 19 lagi daripada Circuit de Barcelona-Catalunya dan Phillip Island. Litar dengan kemalangan paling rendah ialah Motorland Aragon, dengan hanya 15 kemalangan dalam tiga hari (sesi latihan bebas, kelayakan, dan perlumbaan).

Berikut adalah 10 litar dengan kadar kemalangan tertinggi pada musim MotoGP 2019:

1. Le Mans – 90
2. Circuit de Barcelona-Catalunya – 73
2. Phillip Island – 73
4. Misano World Circuit – Marco Simoncelli – 69
5. Circuito de Jerez-Angel Nieto – 57
5. Circuit Ricardo Tormo – 57
7. TT Circuit Assen – 55
8. Losail International Circuit – 51
9. Sepang International Circuit – 50
10. Automotodrom Brno – 49.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here