971 kemalangan pada MotoGP 2019, siapa paling banyak?

1606

Dicatatkan sebanyak 971 kali kemalangan yang telah berlaku membabitkan pelumba dalam 19 siri MotoGP pada edisi 2019 yang telah melabuhkan tirainya baru-baru ini.

kemalangan MotoGP 2019

Jumlah keseluruhan yang dicatatkan adalah dalam semua kelas, iaitu MotoGP, Moto2 dan Moto3. Daripada sejumlah angka yang banyak itu, pada kelas MotoGP hanya berlaku sebanyak 220 kali kemalangan yang membabitkan para pelumba. 



Catatan ini direkodkan dari semua sesi MotoGP, dari sesi latihan hingga ke masa perlumbaan sebenar. Walaupun begitu, jumlah 971 kemalangan yang berlaku pada musim 2019 ini diklasifikasikan sebagai sedikit sejak dari tahun 2016.  

Malah pada musim 2017 dan 2018, terdapat lebih 300 kemalangan yang dialami oleh pelumba MotoGP pada perlumbaan sebenar keseluruhan sesi perlumbaan.

kemalangan MotoGP 2019
Marc Marquez

Marc Marquez, yang kerap mengalami kemalangan pada musim 2017, hanya berada di tempat keempat senarai pelumba terbanyak yang mengalami kemalangan pada musim 2019. Rupanya, bekas pemandu Red Bull KTM, Johann Zarco mendahului senarai pelumba paling kerap mengalami kemalangan pada musim MotoGP 2019.

Johann Zarco mengalami 17 kemalangan sepanjang musim edisi 2019. Tempat kedua ialah pelumba Pramac Racing Ducati, Jack Miller yang mengalami kemalangan sebanyak 15 kali.

kemalangan MotoGP 2019
Johann Zarco

Sementara Francesco Bagnaia dan Marc Marquez menduduki tempat ketiga dan keempat dengan 14 kemalangan.

Berikut adalah senarai kemalangan pemandu MotoGP pada musim 2019:

kemalangan MotoGP 2019

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here