Fabio Quartararo, pelumba baru terbaik MotoGP 2019

2100

Fabio Quartararo pelumba baru terbaik dan berjaya menjamin gelaran MotoGP 2019 Rookie of the Year atau pendatang baru terbaik musim ini. Dia berjaya mencuit perhatian peminat MotoGP 2019. Pada musim pertamanya, pelumba Perancis itu bersaing dua kali dengan Marc Marquez, iaitu di San Marino dan Thailand.

Hanya pada MotoGP Motegi 2019, Fabio Quartararo diberi tentangan sengit oleh pendahulu perlumbaan, Marc Marquez. Kesudahannya, pelumba yang digelari El Diablo itu akur dan hanya berjaya menduduki tempat 2 dan mendapat 20 mata tambahan.



Secara keseluruhan, dia berjaya mengumpul 163 mata daripada 10 siri yang telah diadakan.

Pencapaian pelumba Yamaha Petronas itu tidak boleh lagi dikejar oleh pendatang baru yang lain, yaitu Joan Mir. Pelumba Ecstar Suzuki itu masih mengumpul 66 mata, manakala MotoGP 2019 hanya berbaki 3 siri, iaitu Australia, Sepang, dan Valencia.

Bukan itu sahaja, tambahan 20 mata yang diperoleh Quartararo di Motegi juga menjadikannya lebih unggul daripada Valentino Rossi. Penambahan mata itu menjadikan, dia kini menduduki tempat ke-6 dan dijangka masih boleh memberikan saingan kepada Danilo Petrucci yang berada di atasnya dengan jarak 6 mata.

Secara keseluruhan, Fabio Quartararo pelumba baru terbaik walaupun jelas Marc Marquez masih berada di kedudukan kemuncak MotoGP 2019, walaupun hingga akhir musim dia tidak mendapat tempat yang pertama pada sesi akan datang. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here