Marc Marquez dominasi GP Jepun walau sudah bergelar juara

1188

Marc Marquez berada pada kelasnya tersendiri apabila sekali lagi muncul juara di litar Twin Ring Motegi. Saingan sengit diantara pelumba menyaksikan Marc Marquez dominasi GP Jepun walaupun dia sudah boleh dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas memenangi beberapa siri yang lalu.

Perlumbaan MotoGP Jepun yang diadakan hari ini, berlangsung dalam keadaan cuaca yang mendung. Selepas Moto3 dan Moto2 selesai, giliran pelumba MotoGP untuk memberikan prestasi yang terbaik di litar Motegi Ring Twin, Jepun.

Memulai perlawanan itu, Marc Marquez yang menduduki tempat pertama berlumba secara konsisten mengetuai barisan hadapan.



Sementara kedudukan permulaan ke-2 dan ke-3 masing-masing diisi oleh Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo.

Sementara itu, pelumba veteran, Valentino Rossi terpaksa mengejar kelompok hadapan dengan sukar kerana dia mula berlumba dari petak ke-10.

Pada gelaran MotoGP Jepun pada tahun 2018, Marc Marquez muncul sebagai juara selepas mengharungi perlumbaan yang sengit.

 

Dari permulaan hingga pertengahan, perlumbaan itu berlangsung dengan Marc Marquez dominasi GP Jepun dan barisan pelumba lain diikuti oleh Quartararo ditempat yang kedua. Menuju garisan penamat, Marquez memecut laju untuk memperoleh gelaran juara diikiuti oleh Andrea Dovizioso ditempat kedua dan Alex Rins ditempat ketiga.

Edisi perlumbaan MotoGP seterusnya akan berlangsung di litar Phillip Island, Australia.

Berikut adalah keputusan penuh bagi edisi MotoGP di Jepun.

  1.  

    Marc Marquez

    Marc Marquez dari Repsol Honda Team dengan 350 mata

     
  2.  

    Andrea Dovizioso

    Andrea Dovizioso dari Ducati Team dengan 231 mata

     
  3.  

    Alex Rins

    Alex Rins dari SUZUKI ECSTAR Team dengan 176 mata

     
  4.  

    Maverick Viñales

    Maverick Viñales dari Monster Energy Yamaha MotoGP dengan 176 mata

     
  5.  

    Danilo Petrucci

    Danilo Petrucci dari Ducati Team dengan 169 mata

     
  6.  

    Fabio Quartararo

    Fabio Quartararo dari Petronas Yamaha SRT dengan 163 mata

     
  7.  

    Valentino Rossi

    Valentino Rossi dari Monster Energy Yamaha MotoGP dengan 145 mata

     
  8.  

    Jack Miller

    Jack Miller dari Pramac Racing dengan 125 mata

     
  9.  

    Cal Crutchlow

    Cal Crutchlow dari LCR Honda CASTROL dengan 113 mata

     
  10.  

    Franco Morbidelli

    Franco Morbidelli dari Petronas Yamaha SRT dengan 100 mata

     
  11.  

    Pol Espargaro

    Pol Espargaro dari Red Bull KTM Factory Racing dengan 85 mata

     
  12.  

    Takaaki Nakagami

    Takaaki Nakagami dari LCR Honda IDEMITSU dengan 74 mata

     
  13.  

    Joan Mir

    Joan Mir dari SUZUKI ECSTAR Team dengan 66 mata

     
  14.  

    Aleix Espargaro

    Aleix Espargaro dari Aprilia Racing Team Gresini dengan 47 mata

     
  15.  

    Francesco Bagnaia

    Francesco Bagnaia dari Pramac Racing dengan 37 mata

     
  16.  

    Miguel Oliveira

    Miguel Oliveira dari Red Bull KTM Tech 3 dengan 33 mata

     
  17.  

    Andrea Iannone

    Andrea Iannone dari Aprilia Racing Team Gresini dengan 33 mata

     
  18.  

    Johann Zarco

    Johann Zarco dari Red Bull KTM Factory Racing dengan 27 mata

     
  19.  

    Jorge Lorenzo

    Jorge Lorenzo dari Repsol Honda Team dengan 23 mata

     
  20.  

    Tito Rabat

    Tito Rabat dari Reale Avintia Racing dengan 18 mata

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here