Kapal angkasa filem Star Wars terbaru diinspirasikan dari Porsche

2945

Pereka dari Porsche AG dan Lucasfilm Ltd. telah bergabung untuk membangunkan kapal angkasa fantasi yang menyatukan DNA reka bentuk kedua-dua jenama itu.

Sepanjang tempoh dua bulan, pasukan projek kedua-dua syarikat telah bekerjasama di studio rekabentuk masing-masing di Weissach dan San Francisco untuk mencipta idea dan draf awal sebelum akhirnya memperkenalkan sebuah kapal angkasa fantasi.

Kapal angkasa



Kapal angkasa tersebut diberi nama Tri-Wing S-91x Pegasus Starfighter, dan akan dibentangkan sebagai model terperinci berukuran 1.5 meter pada filem perdana Star Wars: The Rise of Skywalker di Los Angeles.

Reka bentuk kapal angkasa yang unik disepadukan ke dalam dunia filem Star Wars sementara pada masa yang sama menunjukkan gaya dan rekabentuk Porsche yang jelas,” kata Michael Mauer, Naib Presiden Gaya Porsche di Porsche AG.

Kapal angkasa

“Kerjasama ini merupakan peluang yang luar biasa untuk menggabungkan reka bentuk Porsche dan Star Wars. Saya mendapati ia kreatif dan mencabar, “kata Doug Chiang, Naib Presiden dan Pengarah Kreatif Eksekutif untuk Lucasfilm.

Pada bahagian hadapan, ianya direka dengan disertakan apa yang disebut sebagai “tirai udara” bersama-sama dengan lampu hadapan seperti konsep yang sama ada pada Porsche Taycan. Grid belakang dengan louvres dan lampu brek ketiga yang telah diilhamkan dari Porsche 911 terkini, dan bahagian belakang, disertakan dengan bar lampu identiti Porsche.

Kapal angkasa

Kriteria reka bentuk Porsche telah digunakan untuk ruangan dalam iaitu instrumen di kokpit jelas sejajar dengan paksi pemandu, sementara kedudukan tempat duduk yang rendah mengingatkan rekabentuk sporti pada Porsche 918 Spyder.

Secara keseluruhannya, reka bentuk kapal angkasa ini mengikuti prinsip asas pada jenama yang dikenali ramai sebagai jenama yang penuh dengan keunikan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here