Suzuki Swift kini hadir dengan lebih agresif dan sporty

3546

Di Thailand, Suzuki Swift baru diberi suntikan dengan sentuhan lebih menarik. Tapi sayangnya, jentera ini tidak dibawa masuk ke Malaysia. Di Thailand Motor Show 2019, kereta konsep Suzuki Swift terbaru dinamakan Suzuki Swift Extreme Concept.

Suzuki Swift

 

Banyak perubahan telah disertakan terhadap jentera ini. Di bahagian depan kelihatan reka bentuk baru yang lebih sporty dan agresif. Jika diperhatikan dengan teliti, ia hampir menyerupai kereta lumba.



Jentera ini juga tidak dapat dipisahkan daripada reka bentuk jeriji dan ruang angin yang besar. Ia juga mempunyai lebih banyak kadar pengambilan udara.

Pandangan sisi

Suzuki Swift

Beralih ke bahagian sisi, roda yang disertakan kelihatan lebih sporty, dan disokong oleh bingkai roda yang lebar. Kemudian beralih ke bahagian belakang, spoiler juga dipasang pada model kereta konsep ini. Bukan itu sahaja, reka bentuk 2 kotak ekzos menjadikan penampilannya lebih menarik.

Dengan reka bentuk ini, jentera ini sudah tentu akan dapat memberi pengalaman yang berbeza apabila dipandu. Lebih-lebih lagi, Suzuki Swift mempunyai saiz yang kompak, sememangnya, menjadikannya lebih mudah dikendalikan apabila melalui jalan yang sibuk.

Spesifikasi enjin

Kemudian untuk bahagian enjin, jentera ini ini dilengkapi dengan enjin petrol 1.2-liter. Jentera ini juga mampu menguasakan sehingga 82hp dengan 113Nm tork.

Dengan saiz yang padat dan enjin yang cukup kuat, tidak hairanlah bahawa di Thailand sendiri, Suzuki Swift sangat diperlukan. Pada bulan November sahaja, sebanyak 350 unit jentera ini telah dijual. Secara keseluruhan sejak awal tahun 2019 terdapat 1,468 unit jualannya. Jualan ini adalah lebih tinggi berbanding tahun 2017.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here