Yamaha NMax dijadikan motosikal ambulans

2763

Keadaan lalu lintas yang sibuk dan tidak menentu menjadi halangan utama untuk ambulans. Walaupun sudah menggunakan siren, masih sukar untuk melalui jalan yang sibuk.

Motosikal ambulans merupakan inisiatif yang baik bagi mengatasi masalah ini. Sekurang-kurangnya, boleh jadi pihak pertama sampai untuk rawatan awal sebelum ambulans van sampai.

motosikal ambulans



Kerajaan Sarawak nampaknya menggunakan inisiatif ini. Kenderaan dua roda ini dianggap dapat tiba di lokasi lebih cepat daripada sebuah kereta ataupun van.

Gambar-gambar motosikal ambulans turut dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Mohd Ismail Ibrahim. Di dalam gambar berkenaan, skuter Yamaha NMax direkabentuk mirip  sebagai ambulans, bewarna putih dengan disertakan dengan aksen merah.

motosikal ambulans

“InsyaAllah faktor kesihatan di Sarawak akan meningkatkan penyampaian perkhidmatan di sekitar bandar-bandar utama. Sebagai permulaan, projek ini akan dijalankan di Kuching, Miri dan Sibu,”.

motosikal ambulans

Jentera ini akan digunakan sebagai kenderaan pertama untuk bergerak ke kawasan kemalangan untuk mengendalikan lalu lintas dan menguruskan jalan untuk van ambulans.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here