Anda kini boleh beli Honda Civic Type-R TC versi perlumbaan!

1984

Honda Performance Development Division telah memperkenalkan Civic Type-R versi perlumbaan yang diberi nama sebagai Honda Civic Type R TC. Malah kereta perlumbaan ini dipastikan akan terlibat dalam SRO TC America Touring Series.

Edisi Honda Civic Type-R TC ini mempunyai reka bentuk seperti kereta Type-R versi jalanan yang lain. Tetapi apa yang membezakan kereta ini dengan yang lain adalah dalam pada gril, yang dipasang di hud J’s Racing FRP, radiator dengan reka bentuk CSF dan minyak penyejuk dari HPD downpipe.



Selain itu, ekzos belakang turbo HPD/Cusco limited-slip, dan kerusi ataupun tepat duduk perlumbaan disertakan bagi menyokong jentera ini menjadi kereta perlumbaan.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter VTEC Turbo, yang mampu menguasakan sehingga 270-330hp. Jentera ini dijamin lebih hebat daripada versi biasa, yang hanya boleh menguasakan 306hp.

Anda tidak perlu risau kerana, walaupun Honda Type-R TC ini adalah untuk perlumbaan,  kereta ini sudah pasti akan dijual secara umum selepas perlumbaan. Tetapi tentunya bagi pengguna yang mahu memilikinya, mesti mempunyai lesen HPD Honda Racing Line Program.

Kereta perlumbaan edisi Honda Type-R TC ini akan dijual pada harga USD89,900 atau bersamaan dengan RM372,329.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here