Elak kesesakan jalanraya dengan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)

3217

Ada berita baik buat anda yang ingin mengurangkan kesesakan jalan raya atau memendekkan tempoh perjalanan semasa musim cuti sekolah ini dengan menggunakan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Bisanya sempena dengan cuti sekolah yang sedang berlangsung, jalan-jalan utama di negara kita mengalami kesesakan.



Ini kerana, pada masa inilah ibu bapa akan ambil kesempatan untuk membawa keluarga masing-masing balik kampung, pergi bercuti dan sebagainya. Semasa cuti sesi persekolahan, dijangka trafik akan sesak terutama di jalan-jalan utama dan lebuhraya. 

Jajaran Seksyen 5 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) ke Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja telahpun dibuka kepada pengguna mulai 10 Disember 2019.

Lebuhraya persisiran pantai barat

Pembukaan seksyen berkenaan adalah yang ketiga selepas Laluan Hutan Melintang ke Teluk Intan dan Kampung Lekir ke Beruas di Perak dibuka pada Mei dan September lepas.

Tujuan utama projek ini dibina adalah khusus untuk menyokong keperluan pembangunan di pantai barat disamping  menyediakan lebuhraya yang selesa untuk para pengguna.

Strukturnya yang dibina bercantum dengan jalan-jalan persekutuan dan lebuhraya lain menjadikan ia satu-satunya lebuh raya yang cukup ideal dari segi memendekkan jarak perjalanan sekaligus menjimatkan masa serta kos.

Pembinaan lebuhraya berkenaan telah mencapai 71 peratus siap dari segi pembangunan dan pembinaan dimana ia telah dibuka secara berperingkat mulai Mei lepas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here