Gempak juga gambaran Proton Preve ini, sesuai jadi Preve generasi baharu?

7337

Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa Proton akan melancarkan sebuah sedan tahun depan.

Dengan pelancaran Persona dan Saga tahun ini, kita boleh jangkakan sedan tahun depan merupakan Preve generasi terbaharu.



Proton Saga kini telah dipertaruhkan untuk pasaran segmen-A manakala Persona untuk segmen-B. Tiada model Proton dalam segmen-C setelah Preve sedia ada dihentikan pengeluarannya.

Walaubagaimanapun, menurut maklumat yang didedahkan oleh Geely sebelum ini, mereka telah menyatakan bahawa tiada model sedan syarikat itu ditawarkan di pasaran China buat masa ini.

Jadi kami percaya jika benar-benar terdapat sedan nanti, ia bukanlah Binyue tetapi sebuah model touring lain yang belum lagi diumumkan.

Apa pun, terdapat banyak gambaran dan lakaran model Preve yang boleh anda temui jika anda rajin Google. Imej terbaharu ini dilakar oleh Zahin CZ.

Imej gambaran ini kelihatan cukup gagah dan macho. Lampu depan seperti unit LED sepenuhnya dan gril pula dengan bentuk seperti model-model Proton masa kini. Bampar depan direka dengan agak agresif jika dilihat pada ruang kemasukan udaranya.

Di tepi pula, rekaan ini mendapat skirt sporti dan rim 10 jejari seperti bersaiz 18-inci. Untuk bahagian belakang, lampunya diletakkan di bahagian atas dan mempunyai bentuk nipis. Ekzos quad pula pelengkap gaya.

Bagi kami ia agak menarik, apa pendapat anda?

Untuk Proton pula, adakah mereka akan benar-benar melancarkan sedan segmen-C untuk mengisi kekosongan di situ? Sama-sama kita nantikan!

1 KOMEN

  1. Take menarik langsung!!! Melainkan tempat plat belakangnya dialihkan daripada bumper belakang kepada tailgate!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here