MotoGP: Andrea Iannone gagal ujian doping

1115

Andrea Iannone berisiko tidak dapat menjalani musim perlumbaan MotoGP 2020. Ini kerana Iannone terbukti menggunakan doping yang dilarang oleh Federation Internationale de Motocyclisme (FIM).

Pihak FIM sendiri telah memberitahu kepada Iannone bahawa dia telah digantung buat sementara waktu.



Berdasarkan peraturan, Iannone digantung berdasarkan akta 7.9.1 FIM Anti-doping Code (CAD) 2019. Jadi keputusan untuk menggantung Iannone adalah wajib.

Laporan dari makmal di Kreischa b. Dresden, Jerman, menunjukkan keputusan yang meragukan. Makmal itu mendapati adanya Steroid Androgenik Anabolik Eksogen yang merupakan bahan larangan yang didaftarkan sebagai Senarai Bahan Larangan 2019. Sampel air kencing sebelum ini dikumpulkan di Grand Prix World Championship di Sepang, Malaysia.

Berdasarkan kejadian ini, Andrea Iannone mempunyai hak untuk meminta dan menghadiri analisis sampel B. Iannone telah digantung buat sementara waktu bermula 17 Disember 2019. Ini menyebabkan dia dilarang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan atau aktiviti perlumbaan motor, sehingga notis selanjutnya diberikan.

Sehingga kini tidak ada maklumat lain mengenai kes doping yang dialami oleh Andrea Iannone. Iannone sendiri masih menjalani kontrak dengan pasukan Aprilia yang akan berakhir pada akhir tahun 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here