Kecewa dengan layanan pusat pengedar, lelaki ini bakar Mercedes-AMG GT 63 S miliknya

2096

Seorang lelaki nekad untuk membakar kereta sport miliknya, iaitu sebuah Mercedes-AMG GT 63 S. Kereta yang berharga sekitar RM1.8 juta digunakan sebagai bahan untuk melepaskan rasa kecewanya.

 



Dikenali sebagai Mikhail Litvin, vlogger dari Rusia tersebut bertindak sedemikian kerana difahamkan sangat kecewa dengan layanan yang diberikan oleh pusat pengedar.

Sejak membeli Mercedes-AMG GT 63 S tersebut, kereta ini kerap rosak dan Litvin telah membawanya sebanyak lima kali ke pusat pengedar. Namun, pusat pengedar tidak melakukan sebarang tindakan untuk menangani masalah ini.

Mercedes-AMG GT 63 S

Pusat pengedar tersebut juga dikatakan sentiasa mencari alasan untuk tidak membaiki kereta tersebut dan sekiranya mereka menerima kereta tersebut, mereka akan menyimpannya selama beberapa minggu tanpa membaikinya.

Kecewa dengan tindakan pusat pengedar tersebut, Litvin membuat keputusan untuk menghantar pesanan kepada Mercedes-Benz melalui satu video.

Video tersebut memaparkan Litvin keluar dari Mercedes-AMG GT 63 S tersebut sambil mengeluarkan beberapa tong petrol dari bonet belakang.

Dia kemudian mula menyiram kereta tersebut dengan petrol dan menyalakan pemetik api untuk membakarnya sambil sambil makan sosej.

Semasa artikel ini ditulis, video yang dimuat naik di Youtube tersebut telah mencapai 9.8 juta tontonan hanya dalam masa dua hari. Walau bagaimanpun, tujuan dan motif video ini dibuat masih belum diketahui.

Ia berkemungkinan hanyalah gimik semata-mata dan bertujuan untuk menaikkan jumlah tontonan video tersebut di Youtube.

 

Untuk makluman, jentera ini dikuasakan oleh enjin 4.0-liter V8 twin-turbo yang menghamburkan 630hp pada 5,500-6,500rpm dan 900Nm tork pada 2,500-4,500rpm.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi MCT 9G automatik 9-kelajuan yang memberikan pecutan 0-100km/j dalam 3.2 saat sahaja. Kelajuan maksima ialah 315km/j. Untuk perincian lebih lanjut tentang kereta sport ini, anda boleh klik di sini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here