Tesla panggil semula hampir 50,000 unit Model S dan Model X di China kerana masalah suspensi

1218

Tesla difahamkan memanggil semula hampir 50,000 unit Model S dan Model X yang diimport ke China, kerana masalah suspensi.

tesla panggil semula

Panggilan semula tersebut melibatkan 29,193 unit Models S dan Model X yang diimport ke China dari 17 September 2013 hingga 16 Ogos 2017, serta 19,249 unit Model S yang dikeluarkan antara 17 September 2013 dan 15 Januari 2018.



Ini bukan kali pertama Tesla memanggil semula kenderaan mereka di pasaran China.

Pada bulan Febuari lalu, pengeluar Amerika Syarikat ini juga memanggil semula 3,183 unit Model X di China, kerana masalah pemanduan yang boleh meningkatkan risiko kemalangan.

tesla panggil semula

China adalah pasaran automotif terbesar di dunia, dan antara pemacu utama bagi kebanyakan syarikat pengeluar, terutamanya untuk Tesla yang ingin memanfaatkan impian China untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.

Kilang Tesla di Shanghai, yang merupakan kilang pertama di luar Amerika Syarikat, akan menghasilkan Model 3 dan dijangka akan dieksport ke Eropah bermula bulan ini.

Tesla juga menyatakan keuntungan mereka sejak kebelakangan ini semakin meningkat dan menjangkakan akan membuat penghantaran sekitar 500,000 unit kereta pada tahun ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here