Ferrari panggil semula 812 Superfast kerana risiko cermin belakang tercabut

1273

Kesilapan proses pengeluaran dari pembekal telah memaksa Ferrari untuk memanggil semula model 812 Superfast di Amerika Syarikat.

Ferrari 812 Superfast

Menurut National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), model 812 Superfast difahamkan mengalami masalah pada cermin belakang, yang berkemungkinan akan tercabut kerana ditampal pada permukaan badan yang tidak bersih.



Secara keseluruhan, Ferrari memanggil semula 1,063 unit 812 Superfast kerana komponen kenderaan yang tercabut dan terbang di jalan raya akan meningkatkan risiko kemalangan.

Unit terlibat adalah yang dikeluarkan antara 20 Jun 2017 hingga 15 Jun 2020.

Ferrari 812 Superfast

Ferrari juga menyatakan isu seperti ini telah diperbetulkan bagi model yang dipasang selepas tempoh tersebut.

Walau bagaimanapun, masalah cermin belakang ini hanya melibatkan tiga pemilik sahaja di Jerman, tanpa sebarang masalah dilaporkan di pasaran lain. 

Ferrari 812 Superfast

Untuk makluman, Ferrari 812 Superfast diperkenalkan tiga tahun lalu, dan dikuasakan oleh enjin V12 6.5-liter naturally aspirated yang mampu menghasilkan sehingga 789hp pada 8,500 rpm dan 718Nm tork pada 7,000 rpm. 

Supercar ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.9 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 340km/j.

Dengan kelajuan sebegini, tidak mustahil cermin belakang supercar ini akan tercabut dan mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here