Ferrari 812 Superfast milik Federico Marchetti ‘dihancurkan’ oleh pekerja car wash

3883

Sebuah Ferrari 812 Superfast milik pemain bola sepak kelahiran Itali, Federico Marchetti dilaporkan rosak teruk selepas ‘dihancurkan’ oleh seorang pekerja car wash.

Penjaga gol pasukan Genoa tersebut difahamkan menghantar supercar miliknya itu untuk dicuci, ketika dia menjalani latihan, pada Isnin.



Namun, pekerja yang ditugaskan untuk menghantar semula supercar tersebut ke pusat latihan pasukan Genoa gagal mengawalnya dan terlibat dalam kemalangan.

Ferrari 812 Superfast

Ferrari 812 Superfast milik Marchetti mengalami kerosakan yang teruk apabila pekerja tersebut melanggar penghadang jalan, selain merempuh lima kereta lain.

Beberapa gambar menunjukkan supercar yang mempunyai kelajuan maksimum hingga 340km/j tersebut rosak teruk pada bahagian hadapan.

Ferrari 812 Superfast

Bernasib baik, pekerja car wash yang memandu supercar tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Untuk makluman, supercar tersebut dikuasakan oleh enjin V12 6.5-liter yang mampu menghasilkan sehingga 800hp dan 718Nm tork. Jentera ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.9 saat sebelum mencapai kelajuan 200km/j dalam masa 8 saat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here