Penjaja dilarang berniaga di lampu isyarat atau disaman RM2,000 – Ketua Polis Seremban

1966

Penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat di daerah Seremban diarah untuk menghentikan aktiviti mereka, kerana boleh dikenakan saman sebanyak RM2,000.

penjaja lampu isyarat

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas.



“Tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan atau di atas mana-mana jalan raya kerana ia adalah satu kesalahan. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000,” kata Mohd Said.

“Aktiviti seperti ini perlu dibendung bagi mengelak kejadian kemalangan yang tidak diingini sehingga membahayakan nyawa penjaja dan pengguna jalan raya,” tambahnya.

Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk mengeluarkan saman sekiranya tindakan dalam bentuk nasihat dan teguran tidak diendahkan.

Kegiatan penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat yang dipelopori golongan muda dilihat berleluasa di sekitar daerah ini. Kebanyakan mereka menjual mangga muda berserta asam boi pada harga RM10 bagi setiap pek.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here