Honda HR-V kini dengan warna baharu, Android Auto, Apple CarPlay dan lampu LED untuk hibrid

2223

Honda Malaysia memperkenalkan kemaskini terkini untuk SUV segmen-B popular mereka, iaitu HR-V. Untuk tahun 2021, Honda HR-V diberikan warna baharu serta penambahan pada kelengkapan infotainmen.

Semua varian kini mendapat warna Platinum White Pearl, dan paparan 7-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Dua port USB uga ditambah di konsol tengah untuk lebih kemudahan.



Sementara itu, varian HR-V Sport Hybrid i-DCD (intelligent Dual-Clutch Drive) pula dinaiktaraf dengan lampu LED depan dan belakang, lampu kabus LED, kemasan krom, dan stereng balutan kulit baharu.

Barisan varian HR-V masih kekal seperti sebelum ini, dengan E, V, RS dan Sport Hybrid i-DCD. Harga juga dikekalkan, iaitu dari RM104,000.21 untuk E sehingga RM118,581.81 untuk RS. Harga varian Sport Hybrid walaubagaimanapun akan diumumkan kemudian.

Powertrain juga tidak berubah. HR-V E, V dan RS dikuasakan oleh 1.8-liter SOHC i-VTEC dengan 142PS dan 172Nm tork. Transmisi ialah CVT Earth Dreams.

HR-V RS juga mendapat sistem stereng Variable Gear Ratio (VGR) untuk pemanduan lebih responsif dan sporti.

Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD pula dijana oleh enjin 1.5-liter DOCH i-VTEC suntikan terus bahan api yang digabungkan dengan High Power Motor dan transmisi dwi-klac 7-kelajuan.

Enjin ini menghasilkan 132hp dan 156Nm tork, tetapi jumlah keseluruhan dengan motor elektrik adalah 152hp dan 190Nm tork.

Ciri lain pada Honda HR-V termasuklah kamera undur pelbagai sudut pandangan, Cruise Control, Paddle Shift, tempat duduk kulit berkuasa, dan Honda LaneWatch.

Ciri keselamatan pula merangkumi enam beg udara, Emergency Stop Signal (ESS), Automatic Brake Hold (ABH), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan Rear Seat ISOFIX.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here